Tuesday, April 21, 2009

sejarah pss

jawatankuasa pss

visi dan misi

Visi sekolah
Menuju ke arah mencapai kesempurnaan serta kecermalangan pencapaian dalam pendidikan
yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.

Misi Sekolah
Meningkatkan kualiti pendidikan seimbang serta memperluaskan peluang mengembangkan
potensi dan kemanpuan insan didik di SJK (C) PEI TECK,KOTA,NSDK. bagi menghadapi cabaran masa depan.
Bagi mencapai cita-cita ini kami AKAN:
- Merancang menyediakan kemudahan untuk persekolahan semua insan di bawah tanggungjawab kami.
- Mengadakan peluang pendidikan mengikut keperluan individu dan masyarakat.
- Meningkat keberkesanan pengurusan dan pengajaran di sekolah.
- Peka dengan keperluan tempatan serta bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menjayakan semua rancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

objektif

OBJEKTIF SEKOLLAH
1. Menguasai alat penghubung termasuk memahami bahasa, penggunaan bahasa dengan cara berkesan,mempunyai kemahiran membaca,menulis karangan,mengajar,menggunakan tanda bacaan,cara percakapan dan memahami apa yang diajar.
2. Menguasai pertalian kuantiti iaitu termasuk memahami tentang system angka, pengetahuan tentang bagaimana angka itu digunakan,masalah yang bersifat kuantiti di dalam masyarakat dan seterusnya perkembangan dil dalam menyelesaikan masalah.
3. Meningkat pencapaian murid dalam peperiksaan UPSR dengan kadar lulus 80% dalam semua mata pelajaran tahun ini.
4. Meningkatkan pencapaian semua murid Penilaian Berdasarkan Sekolah dengan:
a) 85% dari jumlah murid berjaya mencapai target akademiknya.
b) 50% dari jumlah murid mengatasi targat akademiknya.

matlamat

MATLAMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah secara menyeluruh.
2. Membentuk profesyen guru yang berilmu, kreatif dan berpendidikan untuk membantu
membangunkan sahsiah guru itu sendiri dan untuk pembangunan nusa,bangsa dan agama.
3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk
pembangunan nusa, bangsa dan negara.

informasi pss